#Hiburan: “Nak Pergi!!” – Billie Eilish ‘Live’ Di KL, Peminat ‘Excited’ Tiket Bermula Pada Harga RM308

Terkini, penanyi antarabangsa terkenal iaitu Billie Eilish telah mengumumkan bakal mengadakan penampilan sulung dan menghiburkan peminatnya di Malaysia menerusi laman Twitter miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Billie akan mengadakan konsert “Billie Eilish Happier Than Ever, The World Tour 2022” pada 18 Ogos di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisement

Malah, penyanyi lagu Bad Guy itu turut memaklumkan tiket akan mula dijual bermula 24 Jun dengan harga bermula serendah RM308.

billie

Selain Malaysia, Billie turut akan mengadakan konsert di beberapa negara asia lain seperti Filipina, Korea Selatan, Singapura, Thailand, dan Jepun.

Sehingga kini, pengumuman Billie itu telah mendapat 19K tanda suka, 5.4K ciap semula, 5.3K ciap balas di laman Twitter.

Advertisement

Menjengah di ruangan balas, rata-rata peminat di Malaysia turut berasa teruja untuk menyaksikan persembahan Billie.

komen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Justin Bieber
3 bulan lalu

Peminat Dah Tak Sabar, Teruja Justin Bieber 'Live' Di KL, Tiket Bermula Pada Harga RM288

The post “Nak Pergi!!” – Billie Eilish ‘Live’ Di KL, Peminat ‘Excited’ Tiket Bermula Pada Harga RM308 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments