Setelah adanya pembeli yang membeli kediaman pelawak serta pengacara Shuk Sahar, jejaka terbabit terpaksa mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada rumahnya terletak di Denai Alam, Shah Alam yang bernilai RM1.2 juta.
Lihat dari hantaran yang di muat naik oleh pelawak berkenaan, beliau telah memuat video berdurasi beberapa saat yang memaparkan proses pemindahan barang-barang dari dalam rumahnya itu.
Melihat dari kapsyen posting terbabit, Shuk mendoakan agar rezeki serta kehidupannya bertambah baik pada masa akan datang dengan izin Allah S.W.T.
View this post on Instagram
Apabila meninjau di ruangan komen, pelbagai komen serta reaksi yang diterima oleh Shuk daripada para warganet. Dimana ada yang meninggalkan komen negatif serta positif.
Terdapat beberapa netizen yang beranggapan segala yang berlaku ketika ini dalam hidup bekas penyampai radio itu adalah ‘balasan’ buatnya berlaku curang terhadap isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah ataupun lebih dikenali sebagai Sera.
Bagaimanapun, dalam pada masa yang sama ada juga netizen yang bersimpati atas apa yang sedang dilalui oleh Shuk dan berharap agar beliau mengambil segala yang telah berlaku ini sebagai pengajaran dalam hidup.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.
The post “Balasan Curang” – Ucap ‘Bye Bye’ Pada Rumah RM1.2 Juta, Netizen Suruh Shuk Sahar Belajar Dari Kesilapan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments