‘Kita sebagai warganegara Malaysia, berbudi bahasa itu merupakan perkara penting yang sememangnya perlu dititikberatkan setiap kali berjumpa ataupun menegur orang tak dikenali.
Membahasakan seseorang itu sebagai akak, adik, abang, pak cik ataupun mak cik merupakan gelaran yang biasa digunakan oleh masyarakat, lagi-lagi bercakap dengan orang berniaga.
Bagaimanapun, seorang wanita di Facebook ini meluahkan rasa kecewa apabila ada pelanggan yang memasuki ke kedainya untuk bertanya sesuatu, tetapi memanggilnya dengan gelaran ‘akak’.
Apa yang membuatkan wanita itu kurang senang kerana ‘customer’ tersebut jelas kelihatan lebih tua daripadanya dan meminta agar pelanggan itu menilai dahulu sebelum memanggilnya ‘akak’.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan luahan wanita itu kerana ia dianggap seperti satu perkara yang tidak perlu diperbesarkan pun.
Malah, netizen turut berkata wanita ini perlu bersyukur pelanggannya masih berbudi bahasa dengan memanggilnya ‘akak’ daripada dia berkata dengan kasar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Tak Dapat Beza Ke??” – Wanita Terasa Pelanggan Terpanggil ‘Akak’, Minta Nilai Dulu Sebelum Panggil first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments