#Hiburan: Tertelan Jarum Sampai Tertusuk Usus, Bayi 7 Bulan Berjaya Diselamatkan

Bayi berusia tujuh bulan yang datang ke Arab Saudi untuk menunaikan Umrah bersama keluarganya telah kritikal kerana tertelan jarum 5.5 sentimeter dan tertusuk pada usus.

Menerusi laporan Harian Metro, bayi tersebut berada dalam keadaan kritikal semasa tiba di jabatan kecemasan tetapi Alhamdulillah, Pasukan Perubatan Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak Makkah berjaya menyelamatkan nyawanya.

Advertisement

Walaupun sukar berdasarkan faktor usia bayi dan saiz jarum, pasukan perubatan itu berjaya mengeluarkan jarum tanpa sebarang pembedahan.

bayi 7 bulan tertelan jarum

Bayi ini kemudian berpuasa dan dirawat selama empat hari sebelum menjalani pemeriksaan dan imbasan sinar X. Selepas empat hari, luka dalaman bayi dikatakan sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah.

Pengarah Eksekutif hospital, Dr Hilal Al-Maliki telah memuji kecekapan pasukan perubatan dalam mengendalikan kes kritikal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

TikTok
3 jam lalu

(VIDEO)"Bahayanya.." - Bini Mengidam Oyster 'Fresh', Suami Sanggup Redah Air Laut Pasang

The post Tertelan Jarum Sampai Tertusuk Usus, Bayi 7 Bulan Berjaya Diselamatkan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments