Di media sosial seperti Twitter umpamanya, ramai yang bercakap mengenai gaya pemakaian Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri ketika dia berkunjung ke sebuah karnival yang diadakan pada hujung minggu lalu.
Kali ini, netizen memperkatakan mengenai baju merah berjenama Burberry yang didakwa berharga lebih kurang RM6,900 sehelai.
Dalam ‘footage’ video memaparkan Ismail Sabri beramah mesra dengan rakyat di karnival itu, beliau dilihat segak bergaya dengan baju berjenama mewah tersebut.
Namun begitu, netizen di media sosial memberikan reaksi yang kebanyakan negatif apabila mereka membandingkan harga sehelai baju yang dipakai itu dengan tangga gaji kebanyakan rakyat pada ketika ini.
Ramai yang meninggalkan komen bahawa rakyat kini tersepit dengan keadaan ekonomi negara yang semakin meruncing tetapi Perdana Menteri siap bergaya dengan baju mewah, malah dikatakan harganya mahal seperti tiga bulan gaji rakyat Malaysia.
Ada juga yang mempersoalkan maksud ‘Keluarga Malaysia’ yang sering dilaungkan di kaca TV namun tidak menyalurkan bantuan sepatutnya kepada golongan yang memerlukan.
On the left : The 2 tops @IsmailSabri60 is wearing costs RM12,400
On the right : A man barely makes RM10 a day
Now this is what you call #KeluargaMalaysia ?? pic.twitter.com/58rfqXtRLY
— Elill (@Elill_E) June 26, 2022
Namun ada juga yang memuji Ismail Sabri dan berharap agar beliau dapat meneruskan perjuangan bagi memakmurkan negara.
The post “3 Bulan Gaji!”- PM Ismail Sabri Pakai Baju Burberry Bernilai RM6.9k Undang Kritikan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments