#Hiburan: Sebab Nak Balik Kampung, Penggangur Sanggup Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Polis

Hanya kerana mahu pulang ke kampung, seorang penganggur ditahan kerana mencuri sebuah kereta dan melarikan kanak-kanak lelaki dalam kejadian di Gambang.

Pihak polis berjaya mematahkan cubaan suspek melarikan kereta serta kanak-kanak lelaki itu dalam sebuah sekatan jalan raya.

Advertisement

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata semasa kejadian berlaku, ibu kanak-kanak lelaki berkenaan sedang mendapatkan rawatan kutu di rumah kawan dan meninggalkan anaknya di dalam kereta dengan enjin yang masih hidup.

Difahamkan Perodua Alza warna kelabu milik mangsa diletakkan di hadapan rumah kawan memandangkan rawatan tidak mengambil masa yang lama.

Sumber : Astro Awani 

Namun, setelah lima minit, mangsa keluar dan mendapati keretanya telah tiada dan mendapat maklumat dari jiran berdekatan bahawa keretanya telah dilarikan oleh seorang lelaki.

Wan Mohd Zahari juga menerangkan bahawa sejurus kejadian itu berlaku, wanita tersebut terus menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan serta bergegas mengejar suspek dengan kenderaan lain bersama saksi.

Advertisement

Menurutnya, suspek telah memberhentikan kereta dan anak mangsa berjaya keluar, tetapi suspek terus melarikan diri dengan kereta mangsa.

Suspek walaubagaimanapun telah ditahan polis peronda semasa tiba di kawasan Maran dan hasil soal siasat memberitahu bahawa lelaki berusia 35 tahun itu mencuri kereta berkenaan kerana mahu pulang ke kampungnya di Mentakab.

Suspek juga telah dibawa ke Balai Polis Maran untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

2 bulan lalu

(VIDEO) "Jangan Cari Pasal" - Netizen Puji Polis Tangkas Kejar Penjenayah Lari Dari 'Roadblock'

The post Sebab Nak Balik Kampung, Penggangur Sanggup Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments