#Hiburan: “Dia Sakit Lepas Habis GV..” – Ani Mayuni Maklum Imej Kurus Arwah Adalah Persembahan ‘First’ Lepas Rawatan

Semalam, satu Malaysia dikhabarkan dengan berita duka pemergian seorang penyanyi hebat iaitu Adibah Noor selepas berjuang dengan sakit kanser ovari tahap 4 yang dihadapinya.

Sakitnya itu tidak diketahui ramai kerana Allahyarham enggan memperbesarkan hal terbabit dan mengetahuinya hanyalah keluarga serta rakan-rakan rapat sahaja.

Advertisement

Salah seorang rakan selebriti yang mengetahuinya adalah penyanyi Ani Maiyuni. Beliau memohon maaf kepada umum kerana telah merahsiakan penyakit yang dihadapi arwah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ani Maiyuni (@ani_maiyuni)

Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.

Advertisement

Selepas saja demamnya datang dan pergi, Ani memaklumkan arwah warded di hospital dalam tempoh yang lama dan itu membuatkan penyanyi ini berasa hairan, lalu menghubunginya dan mendapati Adibah hidap kanser serta baru saja selesai pembedahan.

Dalam pada itu, ketika kejadian berlaku, Adibah yang sedang berpantang tidak mahu menerima sebarang tetamu lagi.

Tambahannya lagi, kemunculan arwah baru-baru ini dengan penampilannya yang sedikit berbeza merupakan persembahan pertama beliau selepas jalani rawatan.

Sekadar info, Allahyarham difahamkan menghidap kanser ovari tahap empat dan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang, petang semalam.

Adibah Noor meninggal dunia
13 jam lalu

(TAKZIAH) Adibah Noor Disahkan Meninggal Dunia, Hidap Kanser Ovari Tahap 4

The post “Dia Sakit Lepas Habis GV..” – Ani Mayuni Maklum Imej Kurus Arwah Adalah Persembahan ‘First’ Lepas Rawatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments