Tersebarnya khabar angin mengenai pengarah serta pelakon hebat, Syamsul Yusof sudah bertunang baru-baru ini telah membuatkan dirinya serta isteri, Puteri Sarah menjadi perhatian ramai.
Menjawab perkhabaran terbabit, Syamsul berkata kepada pihak Gempak kini dia sedang dalam proses untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga yang sedang dilaluinya.
Dalam pada itu, beliau turut memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan menyinggungkan perasaan mana-mana pihak.
View this post on Instagram
Ini adalah pilihan saya atau siapa sahaja artis yang diberi pilihan untuk tidak memberikan komen.
Difahamkan, Syamsul telah ditemui sesudah siaran langsung program Meletop di Studio Satu, Astro pada Selasa.
Bagi menjawab dakwaan orang ramai tentang dirinya sudah bertunang dengan wanita lain, Syamsul menegaskan khabar berita itu sama sekali tidak betul.
Sebelum ini, bapa kepada dua orang cahaya mata ini didakwa sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan ‘kekasihnya’ iaitu Ira Kazar dan semalam, Puteri Sarah ada memuat naik satu screenshot mesej peribadi yang diterima olehnya mengatakan suami sudah pun bertunang.
The post “Bila Pula Saya Bertunang??” – Syamsul Yusof Akui Dalam Proses Selesaikan Kemelut Rumah Tangga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments