#Hiburan: (VIDEO) Majlis Kahwin Huru-Hara, ‘Order’ Katering 700 Pax Yang Datang Cuma Untuk 50 Orang Tetamu

Tular sebuah video di media sosial apabila satu pasangan pengantin terpaksa melalui insiden mengecewakan apabila katering yang ditempah untuk menyediakan hidangan buat para tetamu telah menipu sehingga menyusahkan keluarga pengantin.

Dalam video tersebut, katering tersebut telah ditugaskan untuk menyediakan makanan untuk 700 orang namun ketika hari majlis, hanya hidangan untuk 50 orang sahaja yang tiba.

Advertisement

Pengantin yang turut berada dalam rakaman video tersebut dilihat sedang menangis teresak-esak kerana tidak menyangka kejadian tersebut terjadi terhadap dirinya sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, katering tersebut dilaporkan sudah berjaya diberkas pihak berkuasa dan punca ramai yang terpedaya dengan ‘scammer’ katering tersebut adalah kerana harga yang ditawarkan terlampau murah.

Advertisement
TwitterSumber : Twitter  

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada pengantin kerana terpaksa melalui pengalaman tersebut di hari bahagia mereka.

Ada juga yang menasihatkan bakal pengantin untuk memeriksa ‘feedback’ atau ‘review’ pelanggan sebelum menempah sebarang katering bagi mengelakkan diri ditipu di kemudian hari.

Facebook Puan Ainon
19 jam lalu

"Kita Sudah Bayar Gaji.." - Larang Majikan Belanja Staf 'Makan-Makan', Kenyataan Wanita Ini Dikecam

The post (VIDEO) Majlis Kahwin Huru-Hara, ‘Order’ Katering 700 Pax Yang Datang Cuma Untuk 50 Orang Tetamu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments