#Hiburan: “Dia Selalu Pinjam Duit Kawan” – Tegar Dedah Cerai Sebab ‘Stress’ Tapi Bekas Isteri Ada Cerita Lain?

Sedia maklum, berita perkhabaran penyanyi muda Indonesia, Tegar telah pun bercerai dengan isterinya, semalam sememangnya mengejutkan banyak pihak.

Perkahwinan yang baru saja berusia 2 tahun tidak dapat ditahankan untuk jangka masa yang lama dan berita itu dimaklumkan sendiri oleh penyanyi berkenaan di platform Instagramnya.

Advertisement

tegar bercerai

Melalui status yang di muat di Insta Story beliau, dia mengalami tekanan perasaan hinggakan badannya menjadi kurus kerana sering menghadapi masalah.

Advertisement

Bukan itu saja, Tegar turut seakan-akan memberi bayangan bahawa masalah kewangan juga merupakan salah satu punca penceraian dan gambar bahagia yang dimuat naik dalam media sosial tidak semestinya menggambarkan mereka tidak mempunyai masalah.

Bagaimanapun, apabila melihat di Instagram bekas isterinya iaitu Sarah Sheilka, dia seperti mendedahkan Tegar sering meminta wang daripada orang terdekat.

Semasa ingin meminjam, bekas suaminya itu sering menggunakan nama ‘isteri dan anak’ untuk meminjam wang biarpun ketika itu mereka tidak mempunyai sebarang masalah kewangan.

tegar bercerai

Pendedah yang dilakukan oleh bekas isterinya itu sejurus sahaja Tegar memaklumkan kepada umum bahawa mereka sudah tidak lagi hidup bersama.

Sekadar info, Tegar dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 2 tahun.

5 bulan lalu

Matang Pada Usia Muda, Tegar Mengaku Kahwin Awal Sebab Mahu Elak Daripada Zina

The post “Dia Selalu Pinjam Duit Kawan” – Tegar Dedah Cerai Sebab ‘Stress’ Tapi Bekas Isteri Ada Cerita Lain? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments