Baru-baru ini, satu kemalangan maut yang melibat lima beranak telah mengundang rasa sebak dikalangan masyarakat apabila mengetahuinya.
Selain daripada ahli keluarga, seorang wartawan yang membuat liputan berita kemalangan terbabit turut terkesan, lagi-lagi dia sememangnya mengenali Allahyarham Muhammad Rosli iaitu ketua keluarga kemalangan terbabit.
Wartawan terbabit ada berkongsikan hantaran di Facebook mengatakan dirinya rasa seperti ‘dipukul’ kerana tidak menyedari tugasan yang perlu dibuat olehnya itu adalah kenalannya.
Pada mulanya dia ada memuat naik satu hantaran mengatakan dirinya akan membuat satu liputan mengenai sebuah kemalangan maut yang melibatkan sebuah keluarga, namun tidak lama kemudian, dia memuat naik satu lagi hantaran meluahkan rasa terkilan selepas mengetahui identiti yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Maafkan aku kawan kerana gagal menjadi seorang kawan yang peka dengan keadaan hinggakan pemergian engkau semalam seolah tak diberi perhatian
Wartawan tersebut juga sempat mengimbas kembali perkenalannya bersama arwah tidak lama dahulu semasa membuat liputan mengenai bencana banjir.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Maafkan Aku.. ” – Buat Liputan Kemalangan Maut Libatkan Lima Beranak, Wartawan Tak Sedar Rupanya Rakan Sendiri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments