#Hiburan: (VIDEO)”Berbaloi Ke Curang?” – Soalan ‘Panas’ Paknil Buat Shuk Sahar Terkelu, Akui Menyesal Duakan Sera

Industri hiburan negara kita memang tak asing lagi dengan kontroversi rumah tangga melibatkan pelawak dan juga usahawan Shuk Sahar dengan isterinya, Rossalenna Natassyiah Asshaferah ataupun lebih dikenali sebagai Sera.

Terbaru, Shuk dilaporkan telah menjual rumahnya di Denai Alam dan kini memulakan kehidupan baru di Pulau Pinang gara-gara kurang mendapat tawaran dalam industri berikutan kontroversi yang menimpanya itu.

Advertisement

Dia juga dijemput untuk berkongsi perkembangannya yang terkini dalam program Hard To Heart yang dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi.

Dalam program tersebut, Shuk berkata dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya dan masih belum ke mahkamah untuk proses selanjutnya.

Sera juga menurut Shuk sudah enggan lagi mempertahankan rumah tangga mereka berikutan kesalahan curang yang dilakukannya berulang-ulangkali sejak empat tahun yang lalu.

Menganggap apa yang terjadi adalah tidak berbaloi, kata Shuk dia kini kehilangan isteri, anak-anak dan juga rakan-rakan yang mula menjauh akibat perbuatannya itu.

@imranimlap

#hardtoheart #fyp Shuk Sahar pt3

? original sound – imran imlap – imran imlap

Ketika dalam program tersebut, pertanyaan ‘panas’ Pak Nil berkaitan tindakan untuk curang bersama wanita bernama Fara dilihat cukup membuatkan pelawak itu berasa kelu dan malu.

Kata Shuk, dia mengaku dirinya kini berasa kosong kerana tiada lagi kehadiran isteri dan anak-anak yang sebelum ini menghiasi hari-harinya setelah pulang bekerja.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan perasaan kecewa sama seperti yang ditonjolkan Pak Nil terhadap sikap pelawak berkenaan.

Namun begitu, ramai juga yang mendoakan agar Shuk Sahar dapat berubah menjadi lebih baik dan sentiasa kuat menjalani dugaan hidup ini.

“Ini dugaan dia, Allah uji dia dengan harta dan wanita. Dia sedang jalani dan tempuhi. Moga kau kuat. Kita belum tau lagi apa ujian Allah pada kita. Doa yang baik-baik saja” komen seorang netizen.

rumah 1.2 juta shuk sahar terjual
1 minggu lalu

"Balasan Curang" - Ucap 'Bye Bye' Pada Rumah RM1.2 Juta, Netizen Suruh Shuk Sahar Belajar Dari Kesilapan

The post (VIDEO)”Berbaloi Ke Curang?” – Soalan ‘Panas’ Paknil Buat Shuk Sahar Terkelu, Akui Menyesal Duakan Sera first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments