Sebuah perkongsian di laman Twitter baru-baru ini telah mencetuskan perasaan ‘ngeri’ terutamanya buat mereka yang menggunakan perkhidmatan lif sehari-hari.
Ini berikutan rakaman video yang dimuat naik individu ini menyaksikan seorang lelaki mengalami kecederaan kerana kakinya tersangkut akibat perkhidmatan lif yang tiba-tiba sahaja mengalami masalah teknikal.
Oh nooooooo! Sumpah fobia naik lif ?????????
Mengikut sumber kejadian di Flat Desa Pinang 2, Pulau Pinang ?????? rakaman pada 18/6/2022 ??? pic.twitter.com/P65jTzLhSf
— Meow ?? (@Terpalingviral) June 18, 2022
Dalam video yang didakwa berlaku di Flat Desa Pinang 2, Pulau Pinang itu memaparkan seorang lelaki yang memasuki lif itu terjatuh dipercayai tersadung kerana mesin angkut itu tiba-tiba bergerak secara mengejut.
Insiden itu menyebabkan kaki lelaki itu terjuntai dan tersangkut di antara pintu lif dan bangunan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian kaki.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap insiden itu adalah disebabkan lif itu mengalami masalah teknikal dan berharap lelaki itu menyaman syarikat pengendali lif terbabit.
Dah macam cerita Final Destination pula kan!
The post (VIDEO)”Harap Saman”- Pintu Belum Buka Lif Dah Bergerak, Kaki Lelaki Ini Cedera Akibat Tersangkut first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments