Tular di media sosial semalam mengenai sebuah video yang memaparkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tampil menegur secara terus menteri-menteri yang gagal mengotakan janji untuk menaiktaraf kelengkapan latihan tentera.
Soal Sultan Ibrahim kepada bekas menteri yang ada pada ketika itu, “Mana janji-janji dato?” dan dipercayai diambil di sebuah upacara rasmi ketenteraan pada tahun 2017 yang lalu.
Nak tengok tahap barai mana isu pertahanan negara kita, boleh lihat video ni, baru yang ni belum yang lain. pic.twitter.com/HR31yHm8RV
— GOONS (@amyzulhel) June 7, 2022
Antara petikan titah Sultan Ibrahim:
Pada hari ini saya nak tanya lagi, mana diving pool ataupun kolam renang untuk latihan menyelam yang sepatutnya dibina di kem ini. Malah saya dijanjikan sebuah istana untuk dibina dalam kem iskandar.
Bayangnya pun saya belum nampak. Saya rasa bekas menteri pertahanan masa itu, kalau tidak silap saya , Latiff. Mana janji-janji dato?
Dalam pada itu, meskipun titah berkenaan telah lama diperkatakan, namun bagi netizen masalah tersebut masih berlanjutan sehingga ke hari ini.
Kata netizen, segala janji-janji yang ditaburkan hanyalah bertujuan untuk meraih undi bagi tujuan berpolitik semata-mata.
“Selepas Sultan Johor bising akhirnya kerajaan peruntukan RM50 Juta untuk GGK pada waktu itu. Kerajaan ni kena kita desak baru nak buat. Sebab apa sebab pertahanan ni depa tak nampak akan bawa undi kan.” kata seorang netizen.
The post (VIDEO)”Mana Janji-Janji Dato?” – Sultan Johor Tegur Menteri Gagal Tunaikan Janji Naik Taraf Kelengkapan Tentera first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments