#Hiburan: “Saya Baru Lepas Muntah” – Lelaki Dakwa Pelayan Suruh Minum Air Paip, Enggan Beri Air Kosong ‘Free’

Baru-baru ini, tular di platform media sosial luahan seorang pelanggan berkongsikan pengalamannya yang mendakwa mendapat layanan teruk dari sebuah restoran yang terletak di ibu kota.

Melalui posting yang dibuat oleh seorang lelaki berbangsa Cina, dia serta lapan orang kawannya yang lain telah menerima servis yang tidak elok daripada pekerja di restoran berkenaan.

Advertisement

Difahamkan, pada malam berkenaan dia tidak berapa sihat dan semasa sedang makan, dirinya terasa ingin muntah lalu dengan pantasnya ke tandas.

lelaki dilayan teruk pelayan restoran

Selepas membersihkan kawasan yang terkena muntah, lelaki terbabit meminta tolong agar pelayan di restoran untuk memberinya segelas air untuk membersihkan tekak, namun alangkah terkejutnya pelayan terbabit memberitahu restoran itu tidak menyediakan air suam kecuali air botol berharga RM23.50 untuk 1 liter.

Selepas kecewa dengan cara layanan yang diterima, lelaki itu mengadu hal itu kepada pengurus restoran tetapi jawapan yang diberi sememangnya menambahkan rasa kecewa.

Advertisement

Saya beritahu mereka supaya sediakan air masak jika berlaku situasi macam tu. Manager itu cakap ‘kalau nak air paip untuk bersihkan tekak, kami ada air paip dekat tandas’.

Berikutan perkongsiaan pengalaman yang mengecewakan itu, hantaran terbabit telah meraih perhatian warganet dan rata-ratanya bersimpati kepada nasib yang menimpa lelaki tersebut.

fb komen

fb komen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

ira
5 jam lalu

(VIDEO) Didakwa Sudah Bertunang Dengan Syamsul Yusof, Ira Kazar Bagi 'Hint' Status Terkini

The post “Saya Baru Lepas Muntah” – Lelaki Dakwa Pelayan Suruh Minum Air Paip, Enggan Beri Air Kosong ‘Free’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments