Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Sabri Mamat yang berkongsi paparan pesanan sebelum menonton wayang di dalam panggung di Terengganu.
Menerusi video tersebut, dilihat pesanan khas daripada Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu supaya berkelaluan sopan semasa berada di dalam panggung wayang itu telah menarik perhatian orang ramai.
Ini kerana, video pesanan tersebut telah memberi peringatan kelakuan seperti berpelukan, berciuman atau seumpamanya adalah satu kesalahan yang boleh didenda.
Malah, perbuatan itu boleh dikenakan denda sebanyak RM 1000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Bukan itu sahaja, pesanan itu turut sertakan mengenai seksyen 35 iaitu mendedahkan mana-mana tubuh yang boleh menimbulkan ghairah di tempat awam adalah satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 1000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Semoga peringatan ini memberi manfaat kepada anda semua. Selamat menonton.
@sabri_mamat This is Terengganu. Sebelum menonton wayang. Tonton dulu pesanan berkelakuan sopan. #terengganu #viral #fyp #melayu #matkilau #wayang
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pesanan ‘deep’ yang ditayangkan kepada penonton sebelum menonton wayang itu dan mengatakan pesanan itu sepatutnya dibuat di setiap negeri.
Patut kena wajibkan untuk setiap negeri baru okay – netizen.
“Baru aku tahu dekat negeri Terengganu je ada. Ingat semua negeri ada,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) “This Is Terengganu” – Ramai Kagum Tengok Pesanan ‘Deep’ Sebelum Tonton Wayang Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments