#Hiburan: “3 Kali Tanya Betul Ke Harga..” – Wanita Terkejut Burger Ayam ‘Special’ Tepi Jalan RM23

Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nana Ng yang terkejut dengan harga yang dikenakan oleh sebuah gerai burger di tepi jalan telah menjadi perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu turut berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan gerai burger yang dikunjunginya itu di Kepong, Kuala Lumpur.

Advertisement

Menurutnya, dia telah memesan dua burger ayam ‘special’ namun terkejut selepas membuat pembayaran kerana harga yang dikenakan oleh peniaga itu adalah RM23.

Saya tanya tiga kali untuk mendapat kepastian, dan dia bagitahu itu adalah harga untuk burger ayam special.

Sehingga kini, hantaran perkongsian itu telah mendapat 1.2K kongsi, 848 komen, dan 576 tanda suka di laman Facebook.

burger

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terkejut dengan harga yang dikenakan oleh peniaga gerai tepi jalan itu dan membandingkan harga burger di restoran makanan segera jauh lebih murah.

Ini bukan burger special, ini harga yang special – netizen.

Dulu orang yang tak mampu makan burger McD beli dekat gerai tepi jalan sebab lagi sedap, sekarang rasa pun tak sedap harga pun lagi mahal,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rusuh
4 jam lalu

(VIDEO) 2 'Geng' Bergaduh Sampai Rosakkan Kereta Orang Awam, Pukul Dengan Besi & Botol Arak

The post “3 Kali Tanya Betul Ke Harga..” – Wanita Terkejut Burger Ayam ‘Special’ Tepi Jalan RM23 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments