#Hiburan: “Alasan Je Tu!” – Alami Masalah Susu Badan, Wanita Terkilan Dimarahi ‘Nurse’ Sebab Bagi Susu Formula

Ibu mana yang tidak mahukan yang terbaik buat anak kecil mereka, lagi-lagi jika bayi tersebut merupakan zuriat pertama yang dilahirkan dan sudah pasti si ibu mahu memberi susu badan mereka kepada anaknya.

Bagaimanapun, tidak semua ibu bernasib baik apabila berkaitan dengan susu badan yang tidak mencukupi dan terpaksa menggunakan susu formula untuk diberikan kepada anak biarpun usia anak baru beberapa bulan.

Advertisement

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok ini, beliau meluahkan rasa terkilan apabila ada beberapa orang mempersoalkan dirinya kerana tidak beri susu badan kepada anak kecilnya.

Menurut dari video yang dimuat naikkan itu, dia lebih terasa apabila dirinya dimarahi oleh jururawat kerana tidak memberi susu badan kepada anaknya.

Advertisement

Malah jururawat berkenaan juga berkata tindakan wanita itu memberi susu formula kepada anak seakan-akan tidak berasa kasihan kepada bayi berkenaan.

Menjelaskan situasi yang berlaku, si ibu terpaksa memberi susu formula kerana sudah buntu memikirkan kaedah untuk menambah susu badan tambahan pula dirinya terlalu sibuk dengan kerja. Tetapi jururawat berkenaan menanggap penjelasannya itu sebagai alasan dan meminta wanita itu untuk berhenti bekerja.

komen tiktok

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada wanita berkenaan agar tidak berasa down dengan apa yang telah diperkatakan oleh jururawat terbabit serta memberi tips kepadanya untuk menambah susu biarpun sibuk bekerja.

17 jam lalu

"Melampau Dah Ni"- Ahli Dolla, Sabronzo Dikritik Netizen Sebab Menari Gaya 'Twerk'

The post “Alasan Je Tu!” – Alami Masalah Susu Badan, Wanita Terkilan Dimarahi ‘Nurse’ Sebab Bagi Susu Formula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments