Akibat ketagih kepada penggunaan internet kanak-kanak yang dikenali sebagai Yang, 12, nekad untuk tidak pergi ke sekolah.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di Beijing itu mengisahkan tentang Yang yang malas untuk pergi ke sekolah kerana dirinya merasakan mudah untuk mendapatkan wang.
Guru kepada Yang, memutuskan untuk memberi pengajaran kepadanya dengan membawa Yang ke tempat ibunya bekerja di tapak pembinaan sebagai buruh kasar.
Difahamkan ibu kepada kanak-kanak lelaki itu memperolehi 100 yuan (kira-kira RM65) sehari walaupun melakukan kerja yang berat.
Selain itu, guru itu mengejutkan Yang pada pukul 4 pagi seperti mana situasi ibunya yang bekerja berjam-jam di tapak pembinaan bagi membuka mata kanak-kanak lelaki itu tentang kesusahan mencari wang.
Guru tersebut turut menemani Yang pada hari itu dan percaya bahawa kanak-kanak lelaki berkenaan akan kembali ke sekolah jika dia sedar tentang kepayahan bekerja.
Yang berkata bahawa ketiadaan ibu bapanya membuatkan dia berasa bosan dan kosong serta mula ketagih bermain permainan di telefon.
Kanak-kanak itu juga sedar betapa gigih ibunya bekerja bagi meneruskan kelangsungan hidup dan akan berusaha keras untuk belajar dan membalas jasanya.
Guru Yang berjaya memberi pengajaran dan perkara itu berjaya meraih perhatian dan menjadi inspirasi untuk netizen.
The post “Senang Je Cari Duit..” – Pelajar ‘Berkeras’ Nak Berhenti Sekolah, Terlalu Ketagih Main ‘Game’ & Internet first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments