Sejak kebelakangan ini, banyak kali kita dengari kes anak-anak kecil tercedera berlaku di taska atas kecuaian pihak taska ataupun sifat tidak bertanggungjawab mereka.
Sama seperti cerita yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman Facebooknya, dia meluahkan rasa kecewa apabila melihat muka anak kesayangan penuh dengan kesan calar yang dilakukan oleh anak kecil lain yang juga dijagakan oleh pihak taska berdaftar terbabit.
Wanita itu berasa kesal kerana amanah yang diberikan olehnya untuk pihak taska terbabit tidak dijalankan dengan betul untuk menjaga anaknya dengan betul dan menganggap mereka bersikap cuai.
Selepas berlakunya kejadian ‘mencakar’ itu, guru taska berkenaan menghantar mesej kepada si ibu melalui WhatsApp untuk menerangkan kejadian yang telah berlaku dan memberitahu pihak mereka kononnya tidak sempat meleraikan situasi yang terjadi ketika itu.
Bagaimanapun, apabila melihat dalam kamera litar tertutup (CCTV) taska itu lain pula kerana tiada siapa yang datang ke dalam bilik budak itu duduk bersama ataupun berada di dalam bilik berkenaan.
Dalam pada itu, wanita itu turut mendakwa pihak taska langsung tidak menghubunginya untuk berbincang, malah bersifat kurang sopan terhadap dia.
Serik dengan apa yang berlaku, si ibu sempat meninggalkan pesanan kepada ibu bapa diluar sana untuk periksa dahulu latar belakang taska yang hendak dihantar biarpun berdaftar.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kasihan melihat rakaman CCTV anak wanita itu dicakar dan berasa geram apabila sesetengah pihak taska kadang-kala mengambil ringan tentang amanah mereka terhadap ibu bapa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Berdaftar Tapi Cuai!” – Muka Anak Penuh Kesan Calar, Ibu Kesal Guru Taska Bersikap Sambil Lewa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments