Mencegah itu lebih baik dari mengubati, kini banyak penyakit sudah mempunyai ubat dan boleh disembuhkan jika ia dikenalpasti dari peringkat awal.
Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan penyakit kronik seperti kanser dan boleh mengambil nyawa orang tersayang jika tidak mendapatkan rawatan dengan segera.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh seorang pakar perubatan di TikTok ini, Dr Samhan memaklumkan bahawa kanser ke-4 yang paling tinggi menjangkiti kaum wanita di Malaysia adalah kanser ovari.
Ini kerana ramai yang tidak mengetahui mereka sudah dijangkiti kerana tanda-tandanya agak ‘biasa’ maka dengan itu kanser ovari ini dikenali dengan gelaran ‘pembunuh dalam senyap’.
Menerusi video tersebut, Dr. Samhan menyenaraikan 6 golongan yang berisiko menghidapi penyakit ini.
Selain itu, Dr. Samhan juga ada menjelaskan tanda-tanda kanser ovari seperti video di atas.
Apa-apa pun, sentiasa amalkan gaya hidup sihat dan sentiasa mendapat rujukan doktor bertauliah jika anda mengalami gejala dan simptom-simptom seperti dia yang disenaraikan.
The post ‘Pembunuh Senyap’, Kenali Tanda-Tanda Awal Dan 6 Golongan Berisiko Hidap Kanser Ovari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments