#Hiburan: Wanita Ambil Keputusan Berhenti Kerja, Majikan ‘Pressure’ Sering Minta Cuti Sebab Anak Sakit

Membuat keputusan terpaksa memilih di antara pekerjaan dan menjaga anak yang sakit merupakan satu dilema yang sering dilalui oleh kaum ibu yang bekerjaya dan itulah yang dilalui oleh seorang pemegang Diploma Pengurusan Pelancongan ini.

Wanita berusia 29 tahun itu memaklumkan dia bekerja seperti biasa mengikut kelayakannya untuk peroleh pekerjaan sewajarnya sebelum mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Bagaimanapun, isu mula berbangkit apabila ibu kepada dua orang anak ini ditekan oleh majikan kerana sering mengambil cuti ekoran anak jatuh sakit.

anak sakit

Melalui laporan Utusan, wanita itu telah meminta cuti secara berterusan dan disebabkan itu, majikannya merasakan dia hnaya memberi alasan anak sakit untuk mengambil cuti.

Disebabkan tidak mahu memanjangkan cerita dan ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak serta suami, wanita berkenaan mengambil jalan dengan berhenti bekerja.

Advertisement

Biarpun kini lebih mudah untuk dirinya menumpukan perhatian kepada anak-anak, dia sempat mengatakan berasa sayang kerana diploma yang diperolehi tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan kerjaya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

7 janin ditemui dalam kotak kabus
19 jam lalu

Gadis Terlanjur Sejak Tahun 2012, Tuan Rumah Terkejut Jumpa Kotak Gabus Berisi 7 Janin

The post Wanita Ambil Keputusan Berhenti Kerja, Majikan ‘Pressure’ Sering Minta Cuti Sebab Anak Sakit first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments