#Hiburan: “Seperti Mengejar Amalan Baik Saat Terakhir..”- Nadir Al-Nuri Kongsi Mesej Terakhir Siti Sarah

Dunia hiburan tempatan hari ini dikejutkan dengan pemergian penyanyi dan usahawan terkenal, Siti Sarah Raisuddin setelah lima hari bertarung di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

Turut terkejut dengan berita pemergian itu adalah rakyat Malaysia yang menetap di Gaza, Nadir Al-Nuri yang tampil berkongsi amal kebaikan yang dilakukan Allahyarhamah pada sambutan Aidiladha yang lalu.

siti sarahSumber : Instagram Siti Sarah  

Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia menceritakan bahawa arwah ada menghubunginya menerusi mesej peribadi mengenai hajatnya untuk mengorbankan seekor lembu untuk umat Islam di wilayah bergolak itu.

Tersentap sekejap baca berita pemergian Siti Sarah. Saya dihubungi Siti Sarah sebelum Raya Haji lepas untuk dia ikuti program korban di Gaza. Masa itu saya terkejut dia maklumkan untuk korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit. Bukan untuk saut bahagian saja, seolah-olah dia sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.

Dia juga ada berkongsikan tangkap layar perbualannya bersama Allahyarhamah di laman Instagram miliknya.

Siti Sarah,37, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

Sarah juga telah melahirkan anak secara pembedahan ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Advertisement

Dalam pada itu, Nadir juga menyifatkan Sarah sebagai seorang insan yang beruntung apabila mendapat syahid di dunia serta didoakan ratusan keluarga syuhada di akhirat.

Al-fatihah diucapkan buat Siti Sarah Raisuddin, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Seperti Mengejar Amalan Baik Saat Terakhir..”- Nadir Al-Nuri Kongsi Mesej Terakhir Siti Sarah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments