Dianggap perkara biasa, penyanyi Datuk Nora Ariffin tak dapat menolak dari difitnah, kejian atau makian daripada orang luar apabila membabitkan dirinya dengan dunia selebriti.
Menurut Nora, dia juga pernah dipanggil sebagai seorang yang jahil dan psiko oleh seorang ustazah, tetapi sudah memaafkan individu tersebut.
Saya pernah dipanggil perempuan jahil dan ‘psiko’ oleh seorang ustazah. Walaupun dimaafkan tapi tak akan lupa sampai bila-bila.
View this post on Instagram
Penyanyi yang kini berusia 48 tahun itu menjawab beberapa pertanyaan peminat menerusi Ask Me Question di perkongsian dalam Instagram Story miliknya.
Ketika ditanya oleh seorang peminat bagaimana beliau boleh mengekalkan diri untuk tetap positif walaupun berhadapan dengan pelbagai situasi negatif, Nora cuma menganggap setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Semoga Nora kekal kuat menghadapi pelbagai ujian dari-Nya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Saya Pernah Dipanggil Perempuan Jahil Dan Psiko Oleh Seorang Ustazah” – Nora first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments