Sempena hari kelahiran anak sulung, pelakon Sharnaaz Ahmad ada menitipkan ucapan buat Jebat Jayden yang kini sudah mencecah umur tiga tahun.
Namun, apa yang menarik perhatian peminat adalah komen yang ditinggalkan bekas isteri Sharnaaz, Noor Nabila yang mencuit hati.
Manakan tidaknya, Nabila tampil memuji sifat kebapaan yang ditonjolkan Sharnaaz terhadap anak sulung mereka, Jebat.
View this post on Instagram
Kata kakak kepada personaliti terkenal Neelofa itu, Sharnaaz merupakan bapa yang baik dan penyayang terhadap Jebat dan menganggap permata hatinya itu bertuah kerana memiliki seseorang seperti bekas suaminya itu.
Nabila dalam pada itu sempat berseloroh dan mengingatkan mana-mana wanita yang memasang niat untuk menjadi ‘bonda baru’ kepada Jebat agar ‘melaluinya’ dahulu untuk ditapis.
Terima kasih baba (Sharnaaz) kerana telah menjadi bapa yang baik dan penyayang kepada Jebat. Dia sangat bertuah kerana mendapat bapa seperti awak. Yang nak hantar resume (jadi isteri Sharnaaz) boleh ‘cc’ sini sekali.
Terdahulu, ucapan Sharnaaz kepada Jebat yang meruntun hati itu turut mendapat perhatian dan sekaligus membuatkan ramai peminat dan juga rakan artis mendoakan yang terbaik untuk si kecil itu.
View this post on Instagram
Sekadar info, Sharnaaz dan Noor Nabila telah mendirikan rumah tanggap pada tahun 2017 yang lalu namun bercerai tiga tahu kemudian secara hukum hakam.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat pada tanggal 30 Ogos 2018.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Nak Jadi Ibu Baru Jebat? Kena Lalu Saya Dulu..”- Noor Nabila first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments