Pelakon jelita, Nur Fazura dan juga suami, pelakon Fattah Amin baru-baru ini ada berkongsikan perkembangan anak sulung mereka, Nur Fatima Aisya yang kini sudah mencecah usia lebih 10 bulan.
Kongsi Fazura, Fatima cenderung untuk mendengar azan dan oleh disebabkan itu, Fattah mengambil inisiatif untuk memperdengarkan permata hati mereka berdua itu dengan laungan azan dari Makkah yang boleh didengari di saluran YouTube.
View this post on Instagram
Tambah pelakon filem Gol dan Gincu itu lagi, waktu hujung minggu sering dinantikan oleh mereka berdua kerana dapat meluangkan masa lebih dengan Fatima.
Hari minggu yang selalu dinanti bila dapat peluang masa dengan Fatima. Memang dia akan melekat macam ni je selalunya. Pastu dia paling suka dengar azan. Kalau dah habis, daddy akan pasang azan dari Makkah kat Youtube dan dia akan khusyuk tak bergerak macam ni.
Dalam hantaran Instagram tersebut, Fazura turut berkongsi foto-foto kandid yang dirakam suaminya di mana Fatima sedang duduk di atas pangkuan riba ibunya itu.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat teruja melihat perkembangan terkini si kecil itu yang saling tidak tumpah wajahnya seperti kedua pasangan artis popular ini.
Sekadar info, Nur Fatima Aisya telah dilahirkan pada 2 Oktober 2020 yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Fatima Aisya Suka Dengar Azan, Fazura Kongsi Perkembangan Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments