#Hiburan: “Makan Tetap Makan..” Ramai Obses Untuk Kurus, Elfira Loy Kongsi Tips

Pelakon dan usahawan, Elfira Loy baru-baru ini ada memberi sedikit tips menguruskan berat badan terutamanya dalam kalangan kaum wanita.

Advertisement

Mengakui ada yang bertanyakan tentang cara berkesan untuk kurus, ujar ibu kepada seorang anak ini seseorang itu tidak perlu terlalu obses dalam mengamalkan sebarang diet melampau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Dia yang kelihatan kembali langsing setelah melahirkan anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf berkongsikan mengenai perkara itu di laman sosial Instagram untuk tatapan para peminatnya.

Tolong jangan buat (diet) dengan drastik. Hanya tetapkan target seminggu 0.5kg turun, jadi dalam sebulan 2-3kg sahaja turun. Makan tetaplah makan, jangan berlapar. Cuma jaga portion sahaja & selang selilah potong gula. Insya-Allah nampak keputusan.

Tambahnya lagi, seseorang perlu fokus untuk melakukan senaman paling kurang 20 minit sehari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Sekadar info, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalad yang kini berusia tiga tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Makan Tetap Makan..” Ramai Obses Untuk Kurus, Elfira Loy Kongsi Tips first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments