#Hiburan: [VIDEO] Perspektif Pandemik Dari Kaca Mata Kanak-Kanak. Sedih Pula Part Ayah Dulu Kerja Sekarang Duduk Di Rumah

Setelah hampir 2 tahun masyarakat seluruh di seluruh dunia hidup dalam belenggu virus Covid-19. Kini, kita mula ‘dibiasakan’ dengan kehidupan norma baharu.

Bekerja dari rumah, pembelajaran atas talian dan  membeli-belah secara maya kini dilihat sebagai ‘jalan keluar’ untuk memerangi musuh tidak nyata ini.

Advertisement

Golongan dewasa tanpa selindung mula meluahkan rasa penat dan tertekan dengan situasi ini. Tapi bagaimana pula dengan kanak-kanak? 

Istimewa sempena Hari Kebangsaan ke 64, Digi membawakan perspektif kanak-kanak mengenai pandemik yang melanda.

“Mungkin sebab Covid, ayah takut nak pergi kerja”

Buntu kehilangan kerja- Video Merdeka Digi

Kanak-kanak sentiasa jujur dalam percakapan, apa yang ada dalam isi hati, itulah yang akan diluahkan.

Advertisement

Video Hari Kebangsaan Digi tahun ini, menyelami isi hati kanak-kanak yang merindui kehidupan yang normal seperti dahulu.

Masa kecil yang sepatutnya dihabiskan untuk mencipta memori bersama kawan-kawan, bermain dengan bebas dan belajar di sekolah kini direnggut Covid-19.

Ayah yang dulu keluar bekerja, kini duduk di rumah kerana disangka takutkan wabak. Tanpa mereka mengetahui yang ayah telah hilang pekerjaan.

Namun sedikit demi sedikit, anak-anak mula sedar bahawa keadaan sudah tidak sama seperti sebelumnya. Ayah dan ibu bertukar kerja demi menampung kehidupan keluarga.

Bermula dengan suara narator yang bertanyakan soalan diikuti jawapan polos kanak-kanak. Penonton pasti akan tersentuh mendengar luahan anak-anak ini yang merindukan suasana persekolah dan rakan-rakan.

“Adik rindu kawan-kawan. Rindu cikgu. Rindu… Time rehat”

Penonton kemudian akan dibuai emosi, melihat kesan pandemik kepada individu dan masyarakat. 

Advertisement

Tapi di penghujungnya kita akan sedar bahawa sesukar manapun kehidupan, kita mestilah menunjukkan tauladan yang berguna.

Ibu bapa tauladan untuk anak-anak-Video Merdeka Digi

Sifat tanggungjawab yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam menzahirkan keprihatinan kepada masyarakat yang lebih memerlukan, mengajar anak-anak untuk bersifat tabah dan mempunyai rasa empati.

Sifat murni inilah yang akan membentuk anak-anak menjadi insan yang lebih baik dan mengajar mereka bahawa disebalik kesusahan pasti akan ada penyelesaiannya.

Menarik mengenai video ini juga, ia sebenarnya dirakam sendiri oleh ibu bapa kanak-kanak yang terlibat, yang merupakan seorang videographer dan freelancer yang terkesan secara langsung akibat pandemik.

Mereka merakamkan video ini yang kemudiannya, digabungkan menjadi satu video Hari Kebangsaan yang penuh dengan pengajaran.

Bertepatan juga dengan tema Hari Kebangsaan ke-64, Malaysia Prihatin, setiap daripada kita sebenarnya memainkan peranan dalam membentuk sebuah negara bangsa yang rakyatnya bertoleransi dan saling menjaga diantara satu sama lain.

Digi mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64 dan Hari Malaysia ke-58 kepada seluruh rakyat Malaysia.

The post [VIDEO] Perspektif Pandemik Dari Kaca Mata Kanak-Kanak. Sedih Pula Part Ayah Dulu Kerja Sekarang Duduk Di Rumah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments