#Hiburan: “Jangan Salah Guna Kuasa Sebagai Suami..” Fizo Omar Ulas Isu Talak Dan Pengambilan Vaksin

Pelakon dan juga personaliti TV, Fizo Omar mengakui dirinya terkejut apabila ada sesetengah suami yang menyalahgunakan kuasa talak hanya kerana mereka tidak menyokong pengambilan vaksin.

Advertisement

Ini berikutan tular satu mesej daripada seorang wanita yang was-was dengan status perkahwinannya selepas suaminya berkata akan menjatuhkan talak jika wanita itu mengambil vaksin COVID-19.

View this post on Instagram

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Difahamkan, wanita tersebut telah mengambil vaksin secara diam dan terus meminat pendapat para ulama mengenai statusnya sebagai isteri kerana buntu.

Sehubungan dengan itu, Fizo tampil mengecam tindakan suami wanita berkenaan dan menganggap lelaki tersebut tidak patut berbuat demikian.

Advertisement

Kalau betul lah wujudnya si suami macam ni kan.. Abe Joe (Fizo) tak boleh sentuh pasal hukum ni. Tapi sebagai lelaki, awak salah guna kuasa sebagai seorang suami tu bro, kot ya awak anti-vaksin sekalipun, bukanlah sampai tahap jatuh talak.

Ujarnya lagi, dia pernah meminta pandangan ustaz dan jabatan agama mengenai isu vaksin ini.

Kata Fizo, pengambilan vaksin memang bukan paksaan dan adalah hak individu namun jika seseorang itu tidak ambil dan keputusan itu boleh membahayakan dan memudaratkan orang lain, hukumnya adalah haram di sisi agama Islam.

View this post on Instagram

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Dia dalam pada itu turut pelik dengan kewujudan golongan anti vaksin sedangkan suntikan ubat pelali itu telah pun diiktiraf dan halal untuk diambil.

“Allah suka melihat hambaNya ikhtiar dan berusaha untuk menempuhi dugaan yang dihantar kepada kita semua. Kita buat bahagian kita, dan selebihnya kita serahkan kepada Allah” tulisnya lagi dalam sebuah hantaran Instagram miliknya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Jangan Salah Guna Kuasa Sebagai Suami..” Fizo Omar Ulas Isu Talak Dan Pengambilan Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments