Anak bongsu kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Ayash Affan yang dilahirkan secara pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia Cheras, Kuala Lumpur.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, perkembangan ditunjukkan oleh Ayash yang kini sudah berusia 20 hari amatlah baik.
Alhamdulillah, baby’ dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib).
Katanya kepada Harian Metro.
View this post on Instagram
Terdahulu, anggota pelawak Sepahtu itu telah memaklumkan sudah bertemu dengan calon yang sesuai sebagai ibu susuan buat anak bongsunya itu iaitu sepupunya sendiri.
Shuib sebelum ini pernah berkata, dia berasa bimbang dengan masa depan Ayash jika dia mendapatkan susu badan daripada orang luar dan bukan dari kalangan keluarganya sendiri.
Sekadar info, pada 9 Ogos lalu, Shuib telah kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin akibat jangkitan COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTCM selepas ditidurkan selama tiga hari.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Baby Dah Keluar Dari Inkubator..” – Shuib Sepahtu Kongsi Perkembangan Ayash Affan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments