Penyanyi Naim Daniel meluahkan rasa pelik dengan sikap individu yang menolak untuk menerima suntikan vaksin tetapi mahu menikmati layanan sama rata dengan penerima vaksin lengkap.
Ujar Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, golongan anti-vaksin seharusnya tahu dan sedar mengenai kepentingan mengambil vaksin adalah satu cara untuk menjaga nyawa sendiri serta orang sekeliling.
View this post on Instagram
Katanya lagi, ia telah menjadi perkadar wajib tambahan masyarakat kini didedahkan secara menyeluruh mengenai kandungan serta kebaikan vaksin.
Memang ia satu pilihan dan hak masing-masing. Tapi untuk menjaga nyawa, ia menjadi perkara wajib. Lagi pun kita dah disajikan dengan pelbagai input mengenai vaksin. Jadi jangalah pentingkan diri, apa yang kita lakukan untuk menjaga nyawa.
Penyanyi lagu Sembah ini berkongsikan mengenai perkara terbabit ketika sesi Chillax untuk program amal COVaid #BaikSemula secara maya, semalam.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu berkata bahawa akan terus menggunakan platform media sosialnya untuk menyebarkan mesej dan info positif.
“Sampaikan mesej yang sepatutunya sebagai tanggungjawab kepada masyarakat. Sebagai orang dikenali kita kena pastikan kita sebarkan benda baik. Jadi saya harap semua rakan selebriti gunakan platform untuk buat benda baik.” ujarnya mengakhiri bicara.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Memang Pilihan Tapi Untuk Jaga Nyawa..” Naim Daniel Anggap Anti-Vaksin ‘Tak Malu’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments