#Hiburan: Bertelagah Kerana Berbeza Fahaman Politik, Shahrol Shiro Balas Teguran Hans Isaac

Gara-gara berbeza fahaman politik, dua selebriti terkenal ini bertelagah sehingga bermasam muka.

Tampil menegakkan pandangan masing-masing berhubung isu barisan Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelawak Shahrul Shiro dan Datuk Hans Isaac dilihat saling berbalas hantaran di media sosial masing-masing.

Segalanya bermula apabila Shahrol dilihat menegur secara terbuka tindakan Hans Isaac yang dianggap menyindir pilihan senarai menteri kabinet yang diputuskan Perdana Menteri.

Dalam tegurannya itu, Shahrol berkata Hans pastinya membuat pilihan yang serupa kerana menganggap lebih senang untuk bekerja dengan orang yang dikenali dan dipercayai.

Advertisement

Jika saudara Hans menjadi pemimpin pun sudah tentu barisan yang dipilihnya adalah individu yang beliau senang bekerja dan saya yakin salah satunya adalah Afdlin Shauki. Lihat sajalah dalam realiti bagaimana beliau banyak bekerjasama untuk menghasilkan karya kerana beliau yakin Afdlin dapat melakukan tugas dengan baik.

Tambah Shahrol lagi, dia mempunyai pendapat tersendiri apabila menyentuh isu lantikan ‘kitar semula’ dalam kalangan ahli kabinet.

Ujarnya, rakyat sudah beri peluang barisan kabinet yang 90 peratus muka baharu sewaktu zaman pemerintahan Pakatan Harapan namun hanyalah janji-janji kosong yang ditaburkan mereka pada waktu itu.

View this post on Instagram

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac)

Pelawak itu yang juga Exco Pemuda Umno Bahagian Kluang, Johor berkata bahawa dia menghormati Hans sebagai senior dalam industri seni namun tidak dalam arena politik.

“Maaf Hans Isaac, saya yakin kamu tidak akan koyak kerana kamu sudah berada di dalam dunia politik dan politik bukannya untuk mereka yang berjiwa nipis..” tambahnya sambil mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-64 kepada Hans Isaac.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Bertelagah Kerana Berbeza Fahaman Politik, Shahrol Shiro Balas Teguran Hans Isaac first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments