#Hiburan: “Sekurangnya Saya Mencuba..” Ashira Kini Berhijrah, Harap Tudung Kekal Di Kepala

Penyanyi Ashira berkata dirinya sedang belajar untuk berhijab dan tidak menjanjikan 100 peratus akan mengenakan tudung sepenuh masa.

Isteri kepada Bad Indigo itu tampil mengulas lanjut mengenai sekeping fotonya yang berhijab dalam Instagram malam tadi setelah dihubungi sebuah media tempatan.

Advertisement

View this post on Instagram

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)

Ujar Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz,36, naluri untuk bertudung itu mula menguat dalam sanubari ketika menjalani rawatan kuarantin kendiri selepas dijangkiti COVID-19 sekitar penghujung bulan Julai yang lalu.

Saya masih belajar untuk ke arah itu (berhijab) dan tidak berani untuk berjanji 100 peratus mengatakan saya telah berhijab penuh. Apa-apa pun saya akan cuba yang terbaik. Masa saya sakit baru-baru ini (positif COVID-19), saya tertanya-tanya sama ada saya akan hidup lagi atau tidak pada keesokan hari. Saya sempat bertaubat atau tidak?

Tambahnya lagi, dia sering memikirkan tentang kematian tambahan lagi di saat dia mengalami sesak nafas sehingga menjadi takut.

View this post on Instagram

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)

Advertisement

Mengakui masih belum sempurna dari aspek menutup aurat, Ashira berkata dia mengambil iktibar dengan berita pemergian Allahyarham Siti Sarah serta ibu tirinya, Norma Ariffin akibat COVID-19.

Dia dalam pada itu berkata masih agak ‘malu’ dan segan untuk mendedahkan imej terbaharunya kepada umum itu namun memohon doa daripada peminat agar dia terus nekad berhijab pada masa akan datang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Sekurangnya Saya Mencuba..” Ashira Kini Berhijrah, Harap Tudung Kekal Di Kepala first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments