Serabut betul memikirkan pelbagai cela di wajah. Paling memeningkan apabila parut jerawat, tompokan hitam membuatkan tona kulit nampak tak sekata. Sedih sangat..
Pelbagai cara dan petua sudah dicuba, bahkan kandungan seperti Vitamin C, Niacinamide, Alpha Arbutin pun habis disapu di wajah bagi menyelesaikan masalah ini tapi hasilnya hampa.
Mungkin anda perlukan pembantu baru bagi melangsaikan masalah ini. Mungkin tak pernah dengar tapi asid Tranexamic dalam diam menjadi kegilaan ramai kini bagi menyelesaikan pelbagai masalah seperti hiperpigmentasi di wajah.
Apa itu asid Tranexamic?
Asid ini sebenarnya popular dalam dunia perubatan kerana ia berfungsi untuk menghentikan kehilangan darah terutamanya ketika pembedahan besar. Tapi tak sangka ianya juga ada kelebihan lain iaitu memudarkan tompokan hitam pada wajah. Satu penemuan yang hebat buat pencinta produk penjagaan wajah!
Bestnya asid Tranexamic ini, ianya lembut dan sesuai digunakan oleh semua jenis kulit, tak kisahlah kering, berminyak, kombinasi ataupun sensitif. Tidak seperti asid lain yang mungkin tidak ‘friendly’ dengan sesetengah kondisi kulit bahkan ianya boleh digunakan pada saban hari tanpa perlu risau kulit wajah anda meragam.
Jangan risau kerana anda boleh gunakannya sama ada pada rutin penjagaan wajah pagi mahupun malam. Aplikasikannya selepas penggunaan toner dan sebelum pelembap digunakan. Mudah kan?
Cuba di Favful
Tak tahu nak mula dengan produk mana yang mengandungi asid Tranexamic ini? Jangan khuatir, Favful sedia membantu anda!
1. Good Molecules Discoloration Correcting Serum
Diformulasikan dengan asid Tranexamic dan 4% Niacinamide, serum ringan ini pastinya akan membantu anda untuk menyahkan tompokan hitam, hiperpigmentasi, kerosakan matahari dan tona kulit tidak sekata.
2. The Inkey List Tranexamic Acid Night Treatment
Bukan sahaja asid Tranexamic, malah ianya mengandungi terbitan Vitamin C dan ekstrak acai berry bagi menyelesaikan isu hiperpigmentasi, tona kulit tak sekata selain memperbaiki tekstur kulit.
3. Naturium Tranexamic Topical Acid 5%
Mengandungi asid Tranexamic, ianya turut dibantu oleh pelbagai kandungan pencerahan lain seperti asid Kojic, Niacinamide dan licorice. Turut memudarkan tompokan hitam, ianya juga membantu memperbaiki lapisan perlindungan kulit wajah.
Favful sentiasa membantu
Runsing nak beli di mana? Lawat sahaja laman Favful, anda pasti teruja melihat pelbagai jenama produk kecantikan antarabangsa boleh didapati dengan harga berpatutan dan dijamin tulen semuanya.
Serbu Favful sekarang sebabnya mereka sedang adakan Merdeka sale! Bayangkan anda boleh dapat diskaun hingga 31% bagi jenama terpilih, berbaloi kan? Jangan terlepas kerana promosi di Favful ini hanya berlangsung dari 28 ke 31 Ogos sahaja.
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh juga kunjungi media sosial mereka seperti Instagram dan Facebook.
The post Asid Tranexamic ‘Trend’ Baru Lawan Masalah Tona Kulit Tak Sekata, Anda Perlu Cuba! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments