Pelakon Dayana Roza memaklumkan bahawa dia kini sudah bergelar ibu setelah melahirkan anak sulungnya, Astrid Raheeya pada 20 Julai lalu.
Meskipun bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan atau pramatang, Dayana berkata dia sepatutnya melahirkan cahaya matanya itu ada September ini.
View this post on Instagram
Namun begitu, isteri kepada A’dale Adham Ayahudin ini bersyukur kerana dia dan bayi kini berada dalam keadaan baik dan sihat walafiat.
Syukur alhamdulillah keadaan serta kesihatan saya dan anak baik-baik sahaja. Anak sulung saya dilahirkan dengan berat 2.4 kilogram pukul 11 malam di sebuah hospital swasta di Kuala Lumput. Setakat ini, keadaan semuanya terkawal. Perihal lahir tak cukup bulan ini sebenarnya sudah jadi perkara biasa dalam keluarga saya.
Kata pelakon drama Asam Pedas Untuk Dia ini lagi, dia sempat menyambut sambutan hari raya Aidiladha dengan menjamah beberapa hidangan hari raya seperti rendang dan lemang pada sebelah pagi sebelum dimasukkan ke hospital pada petang hari.
View this post on Instagram
Dia yang melahirkan anak pada malamnya itu berkata ada mengalami pendarahan namun tidak serius dan terpaksa bermalam selama seminggu di hospital.
Dayana juga ada berkongsikan foto Astri Raheeya menerusi Instagram miliknya untuk tatapan peminat. So cute!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post (TAHNIAH) Dayana Roza Bergelar Ibu Pada Aidiladha Yang Lalu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments