#Hiburan: Tak Main-Main Jika Babitkan Maruah Keluarga, Sheila Rusly Buat Laporan Polis

Pelakon dan juga penerbit terkenal, Sheila Rusly dan juga suami, Jinggo difahamkan telah membuat satu laporan polis berhubung kes sebuah halaman Facebook yang didakwa memfitnah membabitkan anaknya dengan pelakon Janna Nick.

Advertisement

Jelas Sheila, perkara yang melibatkan maruah ahli keluarganya akan dipandang serius dan bukanlah suatu perkara yang boleh dibawa main.

Menerusi laman Instagram pengarah drama Ratu Ten Pin itu, dia ada memuat naik foto laporan polis yang dipegang suaminya Jinggo untuk tatapan peminat.

Dia dalam pada itu berharap agar apa yang terjadi itu dapat dijadikan pengajaran kepada mereka di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya melemparkan fitnah terhadap orang lain.

Terdahulu, Sheila meluahkan rasa berang dan tidak puas hati kepada sebuah halaman Facebook yang membuat kenyataan mengaitkan anaknya Uzair Haqimy yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama dengan pelakon Janna Nick.

Kemudian, admin halaman Facebook tersebut tampil memohon maaf secara terbuka kepada Sheila Rusly dan keluarga serta Janna Nick.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tak Main-Main Jika Babitkan Maruah Keluarga, Sheila Rusly Buat Laporan Polis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments