#Hiburan: Sokong Minat Suami, Memey Buatkan Gim Mini Di Rumah Untuk Norman Hakim

Pelakon Memey Suhaiza khabarnya ada membuat kejutan istimewa buat suami, pelakon Norman Hakim apabila dia telah menyediakan sebuah ruangan khas yang lengkap dengan peralatan gimnasium di rumah mereka.

Advertisement

Ujar Memey, itu hanyalah satu bentuk penghargaan dan tanda sokongan terhadap minat suaminya yang suka bersenam dan membina badan.

View this post on Instagram

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Katanya lagi, dia tidak akan menyekat dan menghalang minat suaminya itu asalkan dia bahagia.

Bila berpasangan, kita sokong apa yang dia suka. Perkahwinan bukan halangan untuk halang apa hobi / kesukaan pasangan kan. Biar dia rasa selesa dan seronok tak ada halangan.

Tulis pelakon jelita ini lagi, Norman sangat gemar untuk melakukan aktiviti fizikal dan menganggap itu sebagai ‘jiwa’ aktor tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Advertisement

Tambah Memey, tidak salah untuk seseorang memiliki hobi asalkan tahu akan tanggungjawab masing-masing.

Sekadar info, Memey telah mendirikan rumah tangga bersama Norman Hakim pada 24 September 2011.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim,8, Muhammad Dikhriz Hakim,6, dan Mikayla Delisha Hakim,3.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sokong Minat Suami, Memey Buatkan Gim Mini Di Rumah Untuk Norman Hakim first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments