#Hiburan: Zul Ariffin Bertemu Ebit Lew, Netizen Sejuk Hati Tengok

Sebelum ini, pelakon bertubuh sasa Zul Ariffin ada berkongsi kegelisahan yang bersarang di hati sehingga tumpah air mata jantan di Instagram miliknya.

Advertisement

Nampaknya, dia sekali lagi mencuri perhatian apabila ada berjumpa pendakwah kontroversi, Ebit Lew semalam,

Zul dilihat memuat naik sekeping foto bersama Ebit di ruangan Instagram namun tidak pula berkongsi dengan lebih lanjut apakah pengisian perjumpaan mereka.

View this post on Instagram

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

“Alhamdullilah, semalam sangat hebat.” tulis Zul ringkas di bahagian kapsyen foto tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, peminat tampil meninggalkan komen nada teruja melihat dua figura ini bertemu.

“Alhamdullilah, sejuk mata melihat Zul bersama Ebit..” komen netizen.

Ada juga yang beranggapan Zul kini sudah mula untuk mempelajari ilmu agama apabila dia dilihat banyak mengikuti akaun media sosial yang menjurus ke arah ketuhanan dan dakwah Islam.

View this post on Instagram

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Terdahulu, Zul ada membuat siaran langsung Instagram di mana dia mendakwa mengalami masalah kesihatan mental yang tidak stabil kerana tekanan menghadapi pandemik COVID-19.

Ujar pelakon filem Tombiruo ini lagi, dia berusaha untuk tidak berkongsi terlalu banyak masalah peribadi dalam media sosial kerana ia lebih banyak mengundang keburukan daripada kebaikan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Zul Ariffin Bertemu Ebit Lew, Netizen Sejuk Hati Tengok first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments