Penyanyi Ernie Zakri tampil menafikan khabar angin yang mendakwa dia kini sedang sarat hamil anak pertama.
Ujar Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri,29, dia berharap orang ramai terutamanya peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami, penyanyi Syamel.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut memohon agar diberikan ruang dan menghormati situasi mereka yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada hari Ahad lalu.
Siapa saja yang berkahwin yang tak nak timang cahaya mata? Memang itu perancangan kami. Selepas berkahwin kami nak sangat cepat-cepat dapat anak. Apa yang mampu saya katakan buat masa ini, dalam keadaan kami sekeluarga sedang bersedih, tolong doakan saya dapat timang anak cepat-cepat. Semoga ada rezeki untuk saya ada anak bersama Syamel.
Perkara itu diluahkan Ernie berikutan perubahan tubuh badannya yang dilihat semakin berisi selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.
View this post on Instagram
Manakala bagi Syamel, dia dan isteri pasti akan memaklumkan berita baik itu kepada orang ramai jika sudah pasti kelak.
Sekadar info, pasangan serasi itu telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Jika Ada Kami Beritahu..”, Ernie Zakri Nafi Khabar Angin Dakwa Dirinya Hamil first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments