#Hiburan: Alami Semput Dan Oksigen Tak Normal, Aishah Positif COVID-19

Penyanyi Aishah mengesahkan dirinya telah dijangkiti COVID-19 setelah mengalami gejala demam panas dan semput, baru-baru ini.

Advertisement

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin,56, turut berkongsikan perkara tersebut di Instagram di mana dia turut memaparkan dirinya sedang melakukan ujian calitan di kediamannya.

Penyanyi lagu Janji Manismu ini cuba dihubungi media namun gagal dan Aishah hanya mengirimkan pesanan WhatsApp berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Saya tidak larat untuk jawab telefon. Sekarang, saya sedang tunggu doktor datang untuk membuat penilaian sama ada saya boleh kuarantin di rumah atau perlu dirawat di pusat kuarantin.

Tambahnya, ketika pemeriksaan kesihatan dilakukan, Aishah memaklumkan bahawa kadar oksigen tubuh badannya rendah memandangkan dia juga mempunyai penyakit asma sebelum ini.

Advertisement

Dalam pada itu, penyanyi ini juga memberitahu bahawa suaminya disahkan negatif manakala kedua anaknya, Armand Azhari,28, dan Azhad Ahlami,23 masih menungguk keputusan ujian calitan.

Aishah turut memohon doa daripada para peminat di luar sana agar dia kembali pulih dan cepa sembuh seperti kebiasaannya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Alami Semput Dan Oksigen Tak Normal, Aishah Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments