Selepas dikecam oleh netizen berhubung dengan kewajaran, pelakon Nora Danish membawa anak-anak makan di restoran sehingga suaminya, Nedim Nazir mentarbiahkan netizen tersebut, kini giliran beliau pula untuk bersuara.
Menurut Nora, sebab kenapa dia tidak bersuara sebelum ini kerana tidak mahu pusing dengan isu tersebut dan malas untuk memanjangkan cerita.
Katanya lagi ketika dihubungi oleh pihak Kosmo! Online, dia telah melakukan pelbagai perkara bagi memastikan keselamatan anak-anaknya terjamin seperti menelefon pihak restoran untuk menempah sebuah bilik khas tertutup.
Hanya ada kami sahaja berada dalam ruang khas di situ.
View this post on Instagram
Ujar pelakon itu, dia turut menghubungi terlebih dahulu dengan pihak restoran terbabit bagi memastikan jumlah pelanggan supaya makan malam bersama keluarga berjalan dengan lancar.
Dalam pada itu, Nora berkata sepatutnya perkara ini tidak perlu dijadikan isu atau kritikan apabila dia dan suami membawa anak-anak keluar makan bersama kerana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan perkara itu asalkan kanak-kanak dibawah 17 tahun ada bersama penjaga mereka.
Sebelum ini, tindakan Nora dan suami membawa anak-anak mereka keluar makan malam bersama diluar telah menimbulkan rasa tidak senang oleh sesetengah netizen atas tindakannya itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Kami Berada Dalam Ruang Khas” – Nora Danish Balas Isu Dikecam Netizen Kerana ‘Dine-In’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments