#Hiburan: Nafi Guna Duit Shaheizy, Syatilla Dedah Berniaga ‘Korek’ ASB

Pelakon dan juga usahawan kosmetik, Syatilla Melvin tampil menafikan duit permulaan perniagaannya adalah hasil pinjaman daripada suaminya, pelakon Shaheizy Sam.

Kata Syatilla, dia menggunakan wang yang dilaburkan di Amanah Saham Berhad sebanyak RM8,000.

Advertisement

Perkara tersebut didedahkan pelakon drama Surah Buat Maisarah itu ketika dia ditanyakan soalan oleh peminat di Instagram miliknya baru-baru ini.

Ramai yang tanya..berapa modal mula berniaga? Saya mula dengan RM8,000 seorang (setiap adik beradik). Pinjam duit suami ke? Saya korek duit ASB dengan harapan Allah gandakan.

Dia dalam hantaran yang sama turut memberitahu bahawa gaji pertama yang diperolehinya mencecah lima angka dan menganggap itu semua adalah rezeki daripada Allah S.W.T.

Advertisement

Sekadar info, Syatilla dan adik beradiknya yang lain iaitu Syifa, Syida dan Syafiqa telah memulakan perniagaan berasaskan produk kecantikan iaitu Kekasih sekitar pertengahan tahun 2019.

Syatilla mendirikan rumah tangga bersama Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016 yang lalu dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Nafi Guna Duit Shaheizy, Syatilla Dedah Berniaga ‘Korek’ ASB first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments