#Hiburan: Aliff Syukri Kecewa Dikecam Netizen Kerana Video ‘Mesra’ Dengan Seorang Wanita

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri kecewa dengan sikap sesetengah netizen yang mengecam dirinya dalam sebuah video terbaharu yang dimuat naik di Instagram.

Advertisement

Video yang berdurasi hampir dua minit itu memaparkan kemesraan usahawan tersebut bersama seorang wanita di sebuah restoran dan rata-rata menganggap perbuatan yang dilakukan oleh beliau seperti tidak menghormati isterinya, Datin Seri Shahida.

Namun, menerusi hantaran terkini yang dibuat oleh beliau, dia berkata bahawa video tersebut merupakan sebahagian daripada plan promosi bagi jenama tudung keluaran syarikatnya sahaja.

Tambahnya lagi, dia bersama isteri tidak mempunyai sebarang masalah seperti yang telah digembar-gemburkan oleh segelintir pihak.

Dalam pada masa yang sama, penyanyi lagu Bobo Dimana berkata jika masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya, dia akan memuat naik video disebalik tabir pembikinan video itu.

Terdahulu, video yang dimuat naik oleh bapa kepada enam orang anak itu telah berjaya meraih sebanyak 500,000 tontonan selain turut dihujani dengan komen-komen dari netizen.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Aliff Syukri Kecewa Dikecam Netizen Kerana Video ‘Mesra’ Dengan Seorang Wanita first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments