Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-64 semalam, pelakon dan penyampai radio Gegar FM, Issey Fazlisham dikurniakan anak lelaki selepas isterinya, Noor Aimi Jamel berada dalam bilik bersalin hampir tujuh jam.
Menurut Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, dia berasa bersyukur kerana dapat diberikan peluang untuk menemani isterinya menyambut kelahiran cahaya mata pertama di sebuah pusat perubatan terletak di Shah Alam.
Sekarang SOP agak ketat, saya tak boleh masuk awal, masa baby nak keluar baru dapat masuk. Syukur saya dapat menyambut kelahiran anak saya.
Katanya pada mStar.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, penyampai radio Gegar FM itu turut memberitahu bahawa dia sudah pun memilih nama anak lelakinya itu dan akan mengumumkan pada masa yang sesuai.
Tambahnya lagi, dia berharap agar dapat menjaga dan memastikan kesihatan anak serta isteri sentiasa dalam keadaan yang baik terutamanya ketika musim pandemik ini.
Sekadar info, Issey dan Aimi berkahwin pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post (TAHNIAH) Issey Fazlisham Dan Isteri Timang Anak Merdeka first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments