Bapa kepada penyanyi Eleena Harris, Wan Harris Wan Mahmood,66, difahamkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 8.40 pagi tadi.
Berita duka itu dimaklumkan Eleena sendiri ketika dihubungi sebuah media hari ini.
View this post on Instagram
Ujar Eleena, pemergian bapanya itu disangka sama sekali kerana Allahyarham tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
Pemergiannya memang mengejutkan kami dan memang tidak sidangka sebab ayah tak ada sebarang penyakit kronik. Namun, sejak seminggu lalu dia dimasukkan ke hospital kerana diserang angin ahmar ringan untuk menjalani rawatan dan fisioterapi.
Tambah penyanyi lagu Hanya Dirimu ini lagi, apa yang membuatkan mereka sekeluarga ralat dan bertambah sedih apabila mereka tidak dapat menghubungi arwah disebabkan oleh beberapa kekangan.
View this post on Instagram
Ini berikutan wad transit yang menempatkan bapanya selepas menjalani empat kali ujian calitan COVID-19 itu mempunyai SOP yang sangat ketat dan mereka memang tidak dapat langsung menghubungi arwah.
Eleena turut memaklumkan bahawa Allahyarham bapanya akan dikebumikan jam 3.15 petang di Tanah Perkuburan Kota Damansara.
Takziah diucapkan buat keluarga Eleena di atas pemergian bapa tercinta.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post (TAKZIAH) Bapa Eleena Harris Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments