#Hiburan: Tular Foto Bawa Kereta Mewah, Netizen Kata Jamal Abdillah Nampak Muda

Tular di media sosial baru-baru ini berkenaan beberapa keping foto memaparkan Raja Pop Datul Jamal Abdillah sedang menaiki kereta mewah berjenama BMW jenis ‘convertible’.

Advertisement

Kelihatan muda bergaya, Jamal walau bagaimanapun menafikan bahawa kereta itu adalah miliknya namun hanyalah digunakan untuk menjalani penggambaran untuk tujuan promosi sebuah projek resort tidak lama dahulu.

Katanya lagi, dia memang meminati kereta mewah namun masih tidak berpeluang untuk memilikinya kerana merasakan ada benda yang lebih penting dan bermanfaat selain daripada memiliki kenderaan mewah.

Bukan saya punya! (tertawa). kereta itu saya pandu ketika penggambaran promosi sebuah resort di Cameron Highlands, Pahang. Saya memang peminat kereta tapi bukan kereta convertible. Harga kereta yang jenis itu bukan calang-calang. Tak mampu saya dibuatnya, lebih baik saya kumpul atau simpan duit beli apa yang lebih bermanfaat.

Advertisement

Penyanyi lagu Gadis Melayu itu turut memberi respon mengenai pujian peminat yang mengatakan dia tampak lebih muda dalam foto tersebut.

Ujarnya, dia bersyukur atas apa yang dikurniakan Allah S.W.T. dan menganggap itu semua hanyalah pinjaman daripadaNYA.

Jamal AbdillahSumber : Kosmo Online  

Jamal juga memberitahu bahawa dia sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat seperti berjoging atau berjalan laju di masa lapang.

Perkembangan lain, penyanyi lagenda itu khabarnya akan menimang cahaya mata kelima pada awal tahun hadapan di usia 62 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tular Foto Bawa Kereta Mewah, Netizen Kata Jamal Abdillah Nampak Muda first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments