#Hiburan: “Saya Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang..”- Najwa Latif Akui Sudah Berpunya

Penyanyi Najwa Latif akhirnya mendedahkan bahawa dia kini sedang berada dalam fasa mengenali hati budi seseorang sekaligus mengiyakan desas-desus mengatakan dia kini sedang bercinta.

Advertisement

Malah, Najwa juga ada memuat naik sebuah video TikTok yang memberi gambaran bahawa hatinya kini sudah dimiliki.

“Saya sedang mengenal hari budi seseorang dan benda itu sudah cukup jelas (sudah berpunya). Saya tak mahu cakap lebih-lebih sebab masih belum berkahwin dan tidak manis sangat.

Terdahulu, peminat Najwa ada membuat andaian yang mengaitkan penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu kini sedang rapat dengan rakan duetnya, Akwa Ariffin.

View this post on Instagram

A post shared by Akwa Arifin (@akwaarifin)

Advertisement

Selain itu, video TikTok Akwa pula memaparkan penyanyi dengan kapsyen bertulis tidak sabar untuk bertemu dengan Najwa menguatkan lagi khabar angin tersebut.

Apa-apa pun, pastinya ramai peminat yang mendoakan kebahagiaan Najwa Latif dan kekasih hatinya itu!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang..”- Najwa Latif Akui Sudah Berpunya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments