#Hiburan: Farah Nabilah Bertudung Penuh, Peminat Doa Semoga Istiqamah

Menerusi perkongsian di laman media sosial, Instagram pelakon Farah Nabilah, dilihat beliau telah mengenakan tudung sepenuhnya dalam sebuah video yang telah dimuat naik olehnya baru-baru ini.

Advertisement

Di dalam video yang dikongsikan oleh pelakon tersebut, Farah yang mengenakan baju dan tudung berwarna hitam sedondon sedang mempromosikan produk bayi kegunaan anak lelakinya, Andre Omar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial)

Pelakon drama Kau Yang Pertama itu, sebelum ini sering kali dilihat mengenakan selendang, malah turut memakai pakaian yang sopan.

Advertisement

Sementara itu di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata peminat dan rakan selebriti memuji dengan penampilan baru Farah yang kini sudah berhijab penuh dan mendoakan agar beliau kekal istiqamah.

Cantiknya bertudung, semoga kekal istiqamah.

Sehingga kini, perkongsiaan tersebut telah meraih lebih 350,000 tontonan daripada pengikutnya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Farah Nabilah Bertudung Penuh, Peminat Doa Semoga Istiqamah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments