#Hiburan: Jual Niqab Dengan Harga Melampau, Fynn Jamal Kesal Tindakan Individu Tidak Bertanggungjawab

Penyanyi dan juga usahawan, Fynn Jamal meluahkan rasa berang dengan sikap individu yang bertindak menjual kembali niqab jenama miliknya dengan harga yang tidak masuk akal.

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan Fynn menerusi sebuah hantaran Instagram untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Kata Fynn harga asal niqab tersebut hanyalah RM59 namun dijual kembali dengan harga setinggi RM873.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ???? (@fynnjamal)

“Kot ye pun, kalis api neraka ke niqab ini? siap boleh installment 6 kali.” tulisnya di ruangan kapsyen foto tersebut.

Advertisement

Jelas penyanyi lagu Arjuna Beta ini lagi, perkara tersebut perlu diambil tindakan tegas dan dia ada berhasrat untuk menambah koleksi yang sama supaya tiada pembeli yang akan tertipu dengan iklan palsu tersebut.

Jadilah seorang pembeli yang bijak ya!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

The post Jual Niqab Dengan Harga Melampau, Fynn Jamal Kesal Tindakan Individu Tidak Bertanggungjawab first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments