Tiada angin, tiada ribut, nama Datuk Seri Vida sekali lagi dikaitkan dengan bekas pembantunya, Ahmad Iqbal Zulkefli. Khabarnya, mereka akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Walaubagaimanapun, khabar angin itu ditepis oleh usahawan wanita berkenaan menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Katanya, keutamaan kini adalah pada keluarga dan anak-anak. Malah tertanya-tanya sekiranya ada lelaki yang mahukan dirinya yang sedikit lasak itu.
Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa. Anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya.
Pun begitu, Dato Seri Vida tidak menolak sekiranya jodoh datang mengetuk pintu hatinya. Namun sambil berseloroh, dia mengatakan mahu seseorang yang sama taraf dengannya.
Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course.
Yang penting bahagia kan Dato’?
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Kalau Ada Jodoh, Saya Akan Cari ‘Level’ Saya” – Dato’ Seri Vida first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments